Asslammualaikum & Salam Sejahtera kepada semua yang sudi berkunjung ke blog saya. Disini saya hendak berkongsi sedikit pengetahuan kepada anda semua bertapa pentingnya FIREWALL. firewall ni berfungsi membantu komputer anda dari diserang HACKERS atau Software - Software yang boleh menyebabkan sistem komputer anda rosak atau kehilangan data. FIREWALL ini kebiasaannya memang tersedia didalam semua komputer yang mempunyai WINDOWS itu adalah firewall yang diberi oleh microsoft. Apabila firewall ini terpadam dengan secara sendiri, itu bermakna komputer anda telah diserang VIRUS seperti TROJAN yang kebiasaanya datang dari INSTALLER yang anda download dari internet. Maka anda hendaklah memastikan bahawa software yang anda download itu adalah selamat, kerana apabila software itu mempunyai trojan, anti-virus anda pun tidak dapat mengesan bahawa itu adalah virus. Dan selepas ini sila pastikan firewall pada komputer anda berfungsi bagi memastikan komputer anda bebas dari serangan virus atau hacker.
Sekian perkongsian saya pada kali ini. Diharap perkongsian yang sedikit ini dapat membantu anda untuk mengendalikan komputer anda..
Terima Kasih.
Ahad, 20 Februari 2011
Khamis, 17 Februari 2011
Penggunaan Teamviewer
Disini saya hendak berkongsi dengan anda sedikit info berkenaan dengan penggunaan Teamviewer (TV). TV ni adalah software yang membantu anda untuk menolong rakan - rakan anda yang mengalami masalah kecil tetapi mereka berada dikawasan atau ditempay yang jauh dengan anda. Dengan menggunakan TV ini ia dapat memudahkan anda menyelesaikan masalah yang sedemikian. TV ini dapat memapar atau memasuki komputer & laptop rakan anda dengan mudah serta mesra pengguna.
Cara Untuk Menggunakan TV :-
Cara Untuk Menggunakan TV :-
- Anda & Rakan perlu install kedalam komputer / laptop terlebih dahulu.
- Selepas install. Anda & Rakan perlu 'RUN' TV terlebih dahulu untuk memulakan sesi. Bermakna kedua-dua pihak perlu ada tv ini.
- Selepas anda run tv tersebut dia akan memaparkan seperti berikut :-
- Kemudian anda perlu meminta ID & Password dari rakan anda yang ingin anda view. Anda perlu letakkan ID rakan anda ke ruangan PARTNER ID, kemudian anda tekan butang CONNECT TO PARTNER. TEAMVIEWER akan meminta PASSWORD dan anda perlu mengisikan password yang rakan anda berikan kepada anda. Dan anda boleh memulakan sesi dengan mudah.
- Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh melayari web ini http://www.teamviewer.com/en/index.aspx
P/S :- Pastikan Ketika Anda Sedang Melakukan Sebarang Sesi Dengan Teamviewer, Rakan Anda Tidak Menekan Keyboard Atau Mengerakkan Mouse, Bagi Melancarkan Sesi.
Rabu, 16 Februari 2011
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Menyediakan Perkhidmatan Membaiki Komputer & Laptop
- Menyediakan Perkhidmatan Membekal Barangan Komputer & Laptop
- Menyediakan Perkhidmatan Mengajar Bagi Yang Berminat
- Menyediakan Perkhidmatan Networking Untuk Pejabat / Rumah / Sekolah / Cyber Cafe
Harga Untuk Semua Perkhidmatan Diatas Mengikut Kadar Kerosakan Atau Permintaan Pelanggan.
Langgan:
Catatan (Atom)