Sabtu, 26 November 2011

Cara - Cara Untuk Membuat Bootable USB Flash Drive

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera Kepada Pengunjung Blog Saya Ini. Kali Ini Saya Ingin Berkongsi Dengan Ada Bagaimana Cara Untuk Membuat Boot Windows Menggunakan Pendrive.

Ok Mula - Mula Anda Perlu Ada Pendrive Yang Berkapasiti 4GB Minima Untuk Windows 7 Dan 2GB Untuk Windows XP, Pastikan Yang Pendrive Tersebut Khas Untuk Penggunaan Ini Sahaja, Kerana Segala Data Yang Ada Didalam Pendrive Tersebut Akan Hilang Semuanya Secara Kekal.

Selepas Itu Anda Perlu Pluginkan Ke Port USB Dan Pastikan Pendrive Tersebut Berfungsi Dengan Baik.

Kemudian Anda Perlu Membuka Command Prompt (CMD), Jika Anda Tidak Jumpa Dimana CMD Tersebut Anda Perlu Klik Pada "RUN" Kemudian Taip CMD Dan "ENTER"

Selepas CMD Tersebut Telah Muncul. Anda Perlu Menaip "diskpart" Kemudian "ENTER" Dan Paparan CMD Tetingkap Lain Akan Muncul.

Seperti Gambar Dibawah Ini, CMD Akan Memaparkan List Disk Yang Ada Didalam Laptop / Komputer Anda. Seperti "DISK 0" Ini Mewakili Kepada Harddisk Komputer / Laptop Anda, Manakala "DISK 1" Adalah Mewakili Pendrive Anda.


Selepas Itu Anda Perlu Taip "select disk 1" Dan "ENTER" Seperti Gambar Dibawah.



Apabila Membuat Pilihan Seperti Diatas, Anda Perlu Menaip "clean" Kemudian Tekan "ENTER" Dan Tunggu Sehingga Proses Tersebut Siap. Jika Pendrive Tersebut Kosong Proses Ini Tidak Mengambil Masa Yang Lama. Kerana Proses Ini Adalah Proses Membuang Semua File Yang Ada Didalam Pendrive Tersebut. (Lihat Gambar Dibawah)



Apabila Proses Diatas Telah Selesai. Anda Perlu Taip "create partition primary" Dan "ENTER" (Lihat Gambar Dibawah)



Apabila Proses Diatas Telah Selesai. Anda Perlu Taip "select partition 1" Dan Tekan "ENTER" (Lihat Gambar Dibawah.)


Apabila Anda Telah Membuat Pilihan Seperti Diatas. Anda Perlu Taip "active" Dan Tekan "ENTER" 
(Lihat Gambar Dibawah.)


Apabila Pilihan Diatas Telah Selesai. Anda Perlu Taip "format fs=ntfs" Dan Tekan "ENTER". Tunggu Sehingga Proses Tersebut Selesai. (Lihat Gambar Dibawah.)



Apabila Proses Diatas Telah Selesai. Anda Perlu Taip "assign" Dan Tekan "ENTER" Jika "AUTOPLAY" Keluar, Anda Cuma Tutupkan Sahaja. Proses Ini Untuk Memaparkan Kembali Pendrive Tadi Tanpa Perlu Mencabut Pendrive Tersebut Sebagai Contoh Pendrive Saya Berada Di Drive H: . (Lihat Gambar Dibawah.)




Apabila Proses Diatas Telah Selesai. Anda Perlu Taip "exit" Dan Tekan "ENTER". Kerana Proses Menggunakan CMD Telah Selesai Dan Proses Membuat Bootable USB Drive Hampir Selesai. (Lihat Gambar Dibawah.)



Apabila Proses Diatas Telah Selesai. Anda Perlu Memasukkan CD Windows 7 Yang Hendak Dimasukkan Kedalam Pendrive Yang Telah Disetting Dalam Proses Diatas Tadi. Seterusnya Anda Perlu Membuka Data Yang Ada Didalam CD Tersebut. (Lihat Gambar Dibawah.)



Apabila Anda Telah Membuka Data CD Tersebut. Anda Perlu Tekan "CTRL + A" Bagi Pintasan Kepada Select All. Kemudian Anda Perlu Tekan "CTRL + C" Untuk Pintasan Kepada Copy Data Tersebut. (Lihat Gambar Dibawah.)



Setelah Anda Copy Data Seperti Gambar Diatas. Anda Cuma Perlu Klik Kanan Pada Pendrive Tadi Tanpa Perlu Membuka Pendrive Tadi Kemudian Anda Pilih "Paste" (Lihat Gambar Dibawah.)


Sila Tunggu Seperti Gambar Dibawah Ini Selesai. Apabila Proses Ini Sudah Selesai Anda Sekarang Telah Mempunyai Sebuah Pendrive Yang Mempunyai Booable Windows 7 Yang Sama Fungsi Seperti CD. Pendrive Ini Dapat Membantu Anda Untuk Format Netbook / Laptop / Komputer Yang Tidak Mempunyai CD ROM. 



Sekian Sahaja Perkongsian Saya Pada Kali Ini. Diharapkan Perkongsian Ini Dapat Membantu Anda Untuk Menyelesaikan Masalah Untuk Format Tanpa Menggunakan CD ROM. 

Terima Kasih Dan Selamat Mencuba.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan